MEMOHON SUMBANGAN WAKAF KARPET MADRASAH HUFFAZ ULUL ALBAB BANDAR SRI SENDAYAN

Ruj. Kami : PKKDPNN/03/2022/02 (wakaf karpet)

Ruj. Tuan :
Tarikh : 15 Julai 2022/15 Zulhijjah 1443H

Yang Berbahagia
Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

MEMOHON SUMBANGAN WAKAF KARPET MADRASAH HUFFAZ ULUL ALBAB BANDAR SRI SENDAYAN

Semoga surat ini menemui tuan dalam keadaan kerahmatan Allah s.w.t. Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan Madrasah Huffaz Ulul Albab ini adalah sebuah sekolah tahfiz yang bernaung di bawah PERTUBUHAN KEBAJIKAN KESIHATAN DAN PENDIDIKAN NUR NUSARI) iaitu sebuah Pertubuhan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

3. Pihak pengurusan Madrasah Huffaz Ulul Albab telah bersetuju untuk menukar karpet madrasah bagi kemudahan dan keselesaan pelajar serta kakitangan. Selain digunakan untuk melaksanakan ibadah, surau ini turut digunakan untuk menjalankan aktiviti kerohanian, kelas hafazan dan aktiviti-aktiviti pelajar seperti kebudayaan dan latihan pengembangan bakat pelajar .

4. Untuk makluman Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan, karpet ini telah lusuh , keras , menipis dan tidak memberi keselesaan kepada para jemaah khususnya pelajar- pelajar. Tinggilah harapan kami agar pembelian dan pemasangan karpet ini dapat diselesaikan dengan kadar segera.

5. Justeru itu Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan dipelawa untuk menyumbang atau menaja projek pemasangan karpet baharu ini. Sumbangan boleh dihulurkan kepada:

PERTUBUHAN KEBAJIKAN KESIHATAN DAN PENDIDIKAN NURNUSARI AFFINISLAMICBANK (10-683-000306-1)

6. Sebarang pertanyaan dan urusan bolehlah hubungi :

Puan Kartini : 014-3100 313

Puan Rubaizah : 019-568 7147

Puan Siti : 013-4910728

Puan Ummu : 011-23853699

Email : pertubuhanPKKDPNN@gmail.com

7. Bersama surat ini disertakan gambar-gambar karpet surau dan sebut harga
pemasangan karpet untuk perhatian Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan.

8. Semoga surat kami ini mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan dan segala kerjasama, perhatian dan sumbangan pihak Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam apa jua bentuk adalah sangat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih

Wassalam
Sekian, terima kasih. Yang benar,

DR HANIF BIN ABDUL RAHMAN

Pengerusi PKKDPNN