INFAQ RAMADHAN

Assalamualaikum Wrh. Wbt dan Salam Sejahtera

BERAMAL SAMBIL MENYUMBANG SEMPENA RAMADHAN DAN SYAWAL 1445H

Dengan segala hormatnya saya merujuk Tuan perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa PERTUBUHAN KEBAJIKAN KESIHATAN DAN PENDIDIKAN NUR NUSARI akan meneruskan tradisi setiap tahun membantu menyediakan keperluan sepanjang Ramadan dan Syawal kepada pelajar tahfiz, golongan asnaf, fakir miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal serta golongan yang berkeperluan di bawah naungan PKKDP serta sekitarnya.

3. Justeru sempena Ramadan dan Syawal ini, Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan dipelawa untuk menyumbang atau menaja samada dalam bentuk kewangan atau barangan. Antara barangan yang boleh dihulurkan :

a. Sumbangan BAKUL RAMADAN nilaian RM150.00 x 200 Bakul

b. Tajaan Jamuan berbuka puasa, moreh dan sahur nilaian RM15 x 300 pax

c. Tajaan pakaian/kasut/songkok/tudung Hari Raya nilaian RM150 x 300 pax

d. Sumbangan am barangan dapur seperti beras, gula, minyak, tepung, milo, kordial, sardin dll

e. Sumbangan Wang Tunai / Zakat/ Fidyah/ Sedekah

f. Biskut raya, Goodies Bag serta barangan keperluan Ramadan dan Syawal

g. Sebarang jumlah wang tunai dan apa sahaja barangan keperluan Ramadan dan Syawal diterima.

4. Sumbangan berbentuk Tunai atau Cek bolehlah disalurkan ke akaun kami atas nama berikut:

page2image46409264

PERTUBUHAN KEBAJIKAN KESIHATAN DAN PENDIDIKAN NUR NUSARI PPM-002-05-22102020

262-1, JALAN PUSAT DAGANGAN SENDAYAN 3, PUSAT DAGANGAN SENDAYAN, BANDAR SRI SENDAYAN
 71950 SEREMBAN
 NEGERI SEMBILAN

EMAIL pertubuhanPKKDPNN@gmail.com  

PERTUBUHAN KEBAJIKAN KESIHATAN DAN PENDIDIKAN NUR NUSARI

AFFIN ISLAMIC BANK ( 10 – 683 – 000306 – 1 )

5. Sebarang pertanyaan dan urusan bolehlah hubungi :

Puan Kartini : 014-3100 313 

Puan Siti Aminah : 013-4910728 

Puan Rubaizah : 019-5687147

 

6. Semoga surat kami ini mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak Tuan.

7. Segala kerjasama, perhatian dan sumbangan pihak Tuan dalam apa jua bentuk adalah sangat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Semoga segalausaha-usaha murni ini mendapat kerdhaan Allah S.W.T.

Wassalam
Sekian, terima kasih.

 Yang benar,

DR HANIF BIN ABD RAHMAN 

Pengerusi PKKDPNN

page2image46408640


BISMILLAH…

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini AFT STATION Bandar Sri Sendayan dengan rendah hatinya ingin menawarkan dan menjemput mana2 Syarikat atau Individu yang berhajat untuk menjamu/menaja/ Infaq Jamuan Berbuka Puasa khusus untuk Golongan Asnaf yang terpilih seperti anak2 yatim/fakir miskin/pelajar2 Tahfiz/ibu tunggal/OKU/warga emas melalui pakej istimewa BUFFET RAMADHAN kami.

Pihak kami juga bersedia membantu Tuan/Puan untuk menguruskan/menjemput tetamu2 yang akan dijamu tersebut sekiranya pihak Tuan/Puan masih lagi mencari2 mereka.

Semoga dengan asbab tuan/puan menjamu dan menghiburkan mereka segala amal jariah ini dinilai sebagai ibadah dan diterima oleh Allah hendaknya..Aamin ya Rabb 🤲

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan” (HR At-Tarmidzi)

“Sesiapa yang memberi makan orang lain yang berpuasa maka baginya pahala orang tersebut tanpa sedikit pun mengurangi pahalanya” (HR At- Tirmidzi)

Sebarang pertanyaan/ tempahan boleh hubungi

Pn Kartini :0143100313

Terimakasih.