PENDIDIKAN

IHTIFAL TADIKA ISLAM ULUL ALBAB TAHUN 2022/2023

Pada tanggal 17 Februari 2023 bersamaan 26 Rejab 1444H, hari Jumaat yang penuh barakah Tadika Islam Ulul Albab di bawah naungan Pertubuhan Pendidikan Kesihatan Dan Kebajikan PKKDP) telah mengadakan Majlis Ihtifal Tadika bagi meraikan kejayaan anak-anak yang suci bersih ini. Majlis diadakan di Dewan Serbaguna AFT. Majlis dimeriahkan dengan persembahan anak-anak seperti bacaan ikrar, hafalan surah pendek, bercerita, nasyid, tarian sufi, silat sufi dan lain-lain lagi. Anak-anak telah menerima hadiah bagi anugerah pencapaian akademik terbaik di dalam kelas. Bagi Anak-anak 6 tahun pula bersempena dengan gruadasi mereka hari ini, majlis turut meraikan mereka dengan 3 anugerah khas iaitu Anugerah Ketrampilan Terbaik, Anugerah, Sahsiah Terbaik serta Anugerah Pencapaian Keseluruhan Terbaik.Pencapaian Akademik Terbaik, Adik Nor KamaliaIbu Aisyah menyampaikan hadiah kepada adik Nailah Farafisyah bagi Anugerah Sahsiah TerbaikAnugerah Ketrampilan Terbaik adik Siti Nur ZulaikhaAnugerah Pencapaian Keseluruhan Terbaik, adik Sam’un Al-Ghazi

Persembahan anak-anak tadika Perarakan masuk anak-anak 6 tahun

Terima kasih kepada semua ustazah yang telah mendidik anak-anak Tadika Islam