TENTANG KAMI

Pertubuhan Kebajikan, Kesihatan  dan Pendidikan Nur Nusari (PKKPNN) hadir di tengah masyarakat sebagai wadah  atau platform dalam memberi perkhidmatan yang mencakupi bidang kebajikan, kesihatan dan pendidikan kepada masyarakat.

Nur bermaksud cahaya, atau sinar, atau dalam erti kata lain adalah sebagai platform mencari dan menyalurkan bantuan kepada golongan sasar.

Nusari pula daripada kata dasar Nusa yang bermaksud bangsa dimana pertubuhan ini cuba bergerak seiring dengan keperluan anak bangsa terutama dibidang yang prima seperti Kebajikan, Kesihatan dan Pendidikan.

Perkara ini dapat ditegaskan melalui:

A261

Surah Al- Baqarah ayat 261 yang bermaksud: Perumpamaan bagi orang yang mendermakan hartanya dii jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi sesiapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, lagi Maha Mengetahui.

A007

Surah Al-Hadid ayat 7 yang bermaksud: Berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-Nya dan infakkanlah (di jalan Allah) sebahagian daripada harta yang Dia menjadikan kamu sebagai penguasanya (amanah). Maka orang-orang yang beriman di antara kamu dan menginfakkan (hartanya di jalan Allah), dia mendapat pahala yang besar.

 Jika di lihat pada kata dasar Bahasa Arab pula Nasoro bermaksud bantuan atau pertolongan. Segala pertolongan dan bantuan itu hakikatnya adalah daripada Tuhan dan kita sebagai hambanyabertanggungjawab melaksanakan perintah dan suruhan oleh Tuhan iaitu sentiasa berusaha  memberi pertolongan kepada golongan yang memerlukan.

A007

Surah Muhammad ayat 7 yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.

A114

Surah An-Nisa’ ayat 114 yang bermaksud: Tidak ada kebaikan daripada banyak percakapan rahsia mereka kecuali percakapan rahsia daripada orang yang menyuruh (orang) bersedekah, atau membuat kebaikan, atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Barang siapa berbuat demikian kerana mencari keredhaan Allah, maka kelak Kami akan berikannya pahala yang besar.