MATLAMAT
- Mendapatkan dana dan sumber kewangan untuk membiayai operasi serta perjalanan Pertubuhan Nur Nusari, segala aktiviti dan program yang melibatkan kebajikan, pndidikan dan perubatan agar dapat berjalan dengan lancar.
- Menganjurkan program dan aktiviti yang berunsurkan pendidikan bagi melahirkan ahli-ahli dan masyarakat yang berilmu, mapan dan memiliki modal insan.
- Menyalur dan mengagihkan bantuan dalam bentuk kebajikan, pendidikan, atau perubatan terutama kepada kelompok B40, miskin bandar, anak yatim/miskin/tebiar, saudara baru, ibu tunggal, warga emas, orang asli dan golongan istimewa (OKU).
- Menjalinkan kerjasama dengan pihak berkenaan dan berwajib dalam membantu usaha-usaha untuk menyelesaikan masalah golongan.
- Mengadakan seminar, ceramah dan motivasi untuk menyalurkan pengetahuan dan maklumat bagi meningkatkan kesedaran kesihatan demi kesejahteraan masyarakat.
- Mendapatkan tajaan dan sumbangan untuk pembelian peralatan perubatan dan bantuan kewangan untuk meringankan bebanan pesakit yang kurang berkemampuan.
- Menaungi dan membela golongan asnaf zakat, fakir miskin,anak yatim, orang kurang upaya (oku), dan muallaf seperti mewujudkan pusat jagaan bagi kanak-kanak, remaja dan warga emas.
- Mengurus dan memiliki taska, tadika, pusat jagaan, pusat tahfiz, wisma bersalin dan klinik perubatan sesuai dengan keperluan kebajikan, kesihatan dan pendidikan.
- Membangunkan projek-projek ekonomi yang sesuai seperti dobi, kafe,bakery, farmasi, dan kedai serbaneka sebagai salah satu cara mendapatkan dana bagi perjalanan Pertubuhan Kebajikan Kesihatan dan Pendidikan Nur Nusari.